GUANGZHOU: Pemain bola tampar pantai yang tewas pada perlawanan pembukaan semalam menjadikan alasan kehadiran sekumpulan gadis sorak yang mengenakan bikini seksi sebagai punca kekalahan masing-masing.
“Kehadiran mereka memberi impak besar kepada cara kami bermain,” kata pemain bola tampar pantai Yemen, Adeeb Mahfoudh, semalam.
Pasukan bola tampar pantai lelaki Yaman tewas di tangan Indonesia yang dikatakan mampu memberi lebih tumpuan terhadap perlawanan.
Pihak penganjur Sukan Asia menyediakan empat pasukan sorak yang setiap satu darinya diwakili lapan gadis berbikini untuk menghiburkan penonton sepanjang tempoh rehat di kejohanan bola tampar.
Selain mendapat perhatian ramai menerusi sorakan mereka, pasukan itu turut membuat persembahan merangkumi pertunjukan aksi sukan tempur tradisional China dan tarian kipas.
“Mereka terlalu cantik. Dengan kehadiran mereka di sini, maka lebih ramai penonton yang datang menyaksikan perlawanan bola tampar.
“Jika boleh, saya mahu menyaksikan persembahan gadis sorak ini lagi pada perlawanan seterusnya,” kata Mahfoudh sambil tersenyum.
Sementara itu, ketika ‘pemeriksaan’ dijalankan kelmarin, Timbalan Ketua Delegasi Pasukan Hong Kong, Kenneth Fok, yang turut dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan juara Olimpik terjun China, Guo Jingjing, berkata venue perlawanan bola tampar itu tidak mempunyai masalah dan kehadiran gadis sorak yang seksi itu bukanlah satu bebanan kepada peserta. - AFP
-petikan yg aku amik dr berita di metro klik sini..tergugat iman pemain2 Yemen 2...hahhaa..(alasan smua 2 kalu dh kalah)
Comments (0)